Promosi menarik mengenai Pusat Terapi Al-Jawahir di Shah Alam Selangor.

Promosi menarik mengenai Pusat Terapi Al-Jawahir di Shah Alam Selangor.


Berminat untuk mendapat terapi dan rawatan daripada pihak Pusat Terapi Al Jawahir di Shah Alam, Selangor, sila hubungi En Shah sila hubungi 017-763 3577 atau 019753 3577 atau ammarmaju@yahoo.com. Terima kasih. Sila beritahu bahawa drp ammarmaju semasa pendaftaran untuk mendapatkan diskaun yang menarik.iaitu sebanyak 20% daripada harga pasaran. Anda juga boleh SMS @ Wechat @ Whatapps <AMMARMAJU, NAMA, JENIS RAWATAN, MASA UNTUK DATANG RAWATAN> kat 017 763 3577 atau 019 753 3577
Pusat Terapi Komplimentari Al-Jawahir
Bekam Sunnah, Urut Pulih Tenaga, Rawatan Resdung,Masalah Rumah Tangga, Rawatan Islam Alternatif, Bekam Sunah, Urut Pulih Syahwat, Masalah Pasangan

Bekam wajah naikkan seri

SEBANYAK empat hingga 10 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor.


BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.
Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.
Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, perkhidmatan bekam wajah ditawarkan di spa itu sejak enam tahun lalu.
“Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.
“Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,” ujarnya.
Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.

MINYAK gamat digunakan selepas proses bekam wajah berakhir bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


“Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.
“Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.
“Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan,” jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Penyembuh
Ujarnya, rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.
“Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.
“Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.

KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari.


“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala,” katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.
Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.
Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 22, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.
“Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.
“Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.
“Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari,” ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.
Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.
“Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.
“Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini,” kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz32w6XSnwi 
Hakcipta terpelihara 
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال